Wednesday, July 6, 2011

TIPS UTK KELUARGA

Melembutkan Hati Anak dan Suami


Ketahuilah bahawa setiap makhluk ciptaan Allah itu mempunyai roh (perasaan) nya yang tersendiri. Termasuklah beras yang ditanak menjadi nasi.
Kita sebenarnya boleh menggunakan nasi sebagai perantaraan kita untuk mendapat barakah.
Caranya, mudah saja. Ketika kita membasuh beras, letakkan tangan di atas beras yang mengandungi air dan berselawat ke atas Nabi Muhammad, Rasulullah S.A.W. sebanyak 7 kali (atau lebih dengan bilangan yang ganjil).

Kemudian berdoalah…
“Ya Allah dengan berkat selawat kepada junjungan besar kekasih-Mu ya Allah, maka Kau lembutkanlah hati anakku dan suamiku sepertimana lembutnya beras menjadi nasi.”
Cubalah amalkan cara i ni (dengan istiqamah). InsyaAllah, berkesan. Yakinlah bahawa ALLAH pasti akan memperkenankan doa kita.
* Tambahan : Cuba juga amalkan zikir asmaul husna ; “Yaa Latiff” (Yang Maha Lembut). Memperbanyakkan memanggil dan menyeru nama Allah (al-Latiff) ini.

Sebutlah “Yaa Latiff…Yaa Latiff….Yaa Latiff…” sebanyak mungkin samaada ketika membaca doa ker, ketika memasak ker atau bila-bila masa saja.
Amatlah digalakan jika dapat berzikir sebanyak 1000x sehari (kalau mampu), tetapi kalau mampu buat lebih adalah tersangat digalakan. Yang penting, amalkan…dan dengan istiqamah. ;)
Selamat beramal renung2kan ...baik untuk keluarga yg bahagia.…

No comments:

Post a Comment